Gong Xi Fa Chai!!!!

SALAM SATU MALAYSIA BUAT SEMUA WARGA SMK SADONG HILIR(SEMERA)…..!!!!!!Buat pelajar berbangsa cina, Selamat Menyambut Tahun Baru Cina…Gong Xi Fa Chai.

Tahun 2010 merupakan satu tahun yang segar bagi SMK Sadong Hilir dimana pada tahun ini, tampok pimpinan sekolah di ketuai oleh Tuan Haji Abang Ismawi Bin Abang Muhi bermula dari awal tahun lagi.

Moga dengan adanya pucuk pimpinan yang baru akan membawa SMK Sadong Hilir ke arah perubahan yang positif dari segala segi terutamanya Akademik..

Namun, untuk ke arah itu, semua warga SMK Semera terutama guru haruslah bersama-sama bekerja keras mendidik anak-anak murid sehingga mereka betul-betul boleh mengusai apa yang dipelajari..

Harus diingat

SLOGAN Sekolah Menengah Kebangsaan Sadong Hilir

“SEKOLAH KITA, KITA SATU KELUARGA, SATU HATI SATU JIWA”

VISI Sekolah Menengah Kebangsaan Sadong Hilir

“UNGGUL DAN UTUH PADA 2014”

Sebagai editor, saya mendoakan agar semua warga SMK Sadong Hilir (Semera) di permudahkan oleh Allah S.W.T dalam segala urusan agar matlamat SMK Sadong Hilir tercapai pada tahun 2014..Insyaallah…

Assalamualaikum…ZM

Advertisements

Leave a comment »